Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Tesla raih AS$2.3 bilion walau operasi terjejas

    NEW YORK, 21 JULAI – Tesla dilaporkan memperoleh pendapatan yang lebih dari yang dijangka kelmarin iaitu sebanyak AS$2.3 bilion, walaupun terjejas disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan COVID di Shanghai yang mempengaruhi margin keuntungan suku kedua tahun ini.

    Syarikat kenderaan elektrik milik Elon Musk meraih keuntungan dua kali ganda dalam suku ketiga tahun ini seperti yang dicatatkan setahun yang lalu, tetapi pemerolehan pendapatan tidak mencapai unjuran.

    Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Musk telah menjadi tajuk berita mengenai penarikan dirinya daripada membeli platform media sosial, Twitter yang bernilai AS$44 bilion, mengakibatkan dia disaman oleh syarikat gergasi media sosial itu.

    Walaupun Tesla meraih keuntungan dari yang dijangka, mereka masih lagi ketinggalan berbanding yang diperoleh pada suku pertama, kemerosotan keuntungan berturut-turut yang pertama sejak akhir 2020, secara kebetulan berlaku dengan kemerosotan dalam margin keuntungan automotif yang disebabkan kenaikan harga.

    Sementara itu, hasil pendapatan melonjak sebanyak 42 peratus kepada AS$16.9 bilion, namun pemerolehan itu rendah berbanding yang diunjurkan oleh pakar analisis iaitu sebanyak AS$17.1 bilion.

    Syarikat tersebut menyatakan pe-nangguhan itu berpunca dari Shanghai, di mana kilangnya telah ditutup sebahagian dari suku tahun ini. Tetapi Tesla berkata ia menamatkan tempoh tiga bulan dengan tahap penghasilan bulanan selepas China mula operasi.

    Namun, Tesla berkata cabaran rantaian bekalan masih menjadi kesukaran, ketika kilang ditutup, kekurangan tenaga kerja, logistik dan isu lain yang mengehadkan kemampuan untuk mengoperasikan kilang dengan sepenuhnya. – AFP

    Tesla meraih keuntungan dua kali ganda pada suku ketiga tahun ini sebanyak AS$2.3 bilion. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...