Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Tesla rancang anjur parti rasmi ‘kilang besar’ di Texas

    SAN FRANCISCO, 7 APRIL – Peminat kereta elektrik datang berduyun-duyun ke Austin bagi menghadiri sebuah parti besar hari ini untuk meraikan ‘kilang besar’ Tesla baharu di Texas yang saiznya sebesar 100 padang bola profesional.

    Gosip online telah memuncak sejak ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat hantaran mengenai acara itu dengan laporan kemungkinan seramai 15,000 tetamu menyertai perasmian kilang tersebut.

    Para pemilik kenderaan Tesla sebilangannya berasa teruja sehingga ada yang hendak merancang untuk melakukan perjalanan jauh dan merantau ke sana, sementara yang lain menggesa mereka yang tidak diundang untuk dapat hadir ke sana dan dibenarkan masuk.

    Syarikat bekenaan masih kekal berahsia tentang butiran acara ekstravaganza itu namun khabar angin sudah bertebaran, termasuk laporan mengenai sebuah bar terbuka dan konsert di pejabat Tesla seluas 74 ekar di Texas itu.

    Peminat Tesla telah menyiarkan rakaman dron dan video lain menunjukkan pemandangan yang kemungkinan model kenderaan baharu dipaparkan pada acara tersebut. – AP

    Arca but koboi gergasi tiba semasa para pekerja bersedia untuk pembukaan parti perasmian di kemudahan pengilangan Tesla Giga Texas baharu pada 6 April di Austin, Texas. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...