Tesla tawar saham kedua pada $767 sesaham

PALO ALTO, 16 FEB – Tesla mengenakan harga $767 sesaham untuk tawaran saham keduanya pada hari ini. Pengumuman pada Khamis bahawa Tesla akan menawarkan saham tambahan bernilai AS$2 bilion di pasaran mengejutkan hampir semua orang.

Hanya dua minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Elon Musk berkata syarikat itu mempunyai wang yang cukup untuk membiayai program modalnya dan ia tidak perlu mengumpulkan lebih banyak wang.

Tetapi Tesla mengambil kesempatan ke atas permintaan yang tidak dapat dipenuhi untuk sahamnya. Saham Tesla bertambah hampir dua kali ganda sejak awal tahun ini, dan meningkat empat kali ganda sejak Jun lalu.

Permintaan itu terus meningkat semalam, walaupun mengeluarkan saham syarikat tambahan boleh mengurangkan nilai yang sudah ada di pasaran. Saham ditutup meningkat 5 peratus. Sebelum itu, saham Tesla Inc tidak berubah dalam perniagaan awal. – AP

Logo Tesla model X 2020 yang belum dijual kepada pengedar Tesla di Littleton, Colo. Saham Tesla merosot 4 peratus pada 13 Februari. – AP