Tesla terus berusaha tembusi pasaran China

BEIJING, 6 Mac – Tesla berkata hari ini ia sedang berusaha untuk meneruskan import kereta sedan Model 3 baru di China selepas syarikat berkata satu masalah label menimbulkan masalah dengan kastam.

Firma kereta elektrik Elon Musk menafi isu tersebut akan menjejaskan jualan kenderaan di China, pasaran utama untuk pengeluar kereta tatkala ia menghadapi satu pertarungan untuk mengawal kos dan mengekal keuntungan.

“Kesilapan ini berpunca daripada label yang dicetak salah pada kenderaan Model 3 tertentu,” kata jurucakap Tesla dalam satu kenyataan.

“Kami telahpun mencapai satu penyelesaian dengan kastam China dan kami bekerjasama dengan mereka untuk meneruskan prosedur kelulusan pada kenderaan berkenaan,” kata jurucakap.

Akhbar perniagaan mingguan tempatan Caixin melaporkan semalam bahawa pentadbiran kastam China telah menggantung import kereta Model 3 dan sedang menangguh lebih daripada 1,600 kenderaan – menyebabkan saham Tesla merosot di AS.

Musk membuat pertaruhan atas pasaran yang semakin berkembang untuk kereta elektrik di China tatkala pengawal selia memimpin industri ke arah masa depan penggunaan elektrik keseluruhannya.

Musk berada di China pada Januari untuk majlis pecah tanah kilang luar negara pertama Tesla, yang akan membenarnya menjual kenderaan elektrik secara langsung di pasaran terbesar dunia.

Kilang baru itu akan mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 500,000 kenderaan, kata syarikat yang berpangkalan di California itu, menambah mendadak pengeluarannya. – AFP