Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Tetak kepala dan tangan peguam guna parang, lelaki didenda RM5,000

    KUALA LUMPUR, 11 MAC – Seorang lelaki yang menetak bahagian kepala dan tangan kiri seorang peguam menggunakan parang kerana berang selepas ditegur tidak memakai pelitup muka sambil menghisap rokok semasa ingin masuk ke dalam sebuah pasar raya, didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang hari ini.

    Majistret Nur Hafizah Rajuni menjatuhkan hukuman itu ke atas M. Samasiveng, 57, selepas dia mengaku bersalah mencederakan Gurcharan Singh, 60, menggunakan sebilah parang yang mungkin menyebabkan kematian terhadap mangsa di sebuah pasar raya di Taman Bersatu Rawang, Gombak di sini pada 12:45 tengah hari, 9 Mac lepas.

    Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara 11 bulan jika dia gagal membayar denda itu.

    Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

    Timbalan Pendakwa Raya Nur Shasha Hidayah Nor Azahar memohon hukuman setimpal mengambil kira faktor kepentingan awam serta mangsa telah menerima 10 jahitan di bahagian kepala dan empat jahitan di bahagian tangan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...