Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Tetambak sungai pecah, ribuan dipindah

    WATSONVILLE, CALIFORNIA, 12 MAC – Komuniti pertanian California Utara yang terkenal dengan tanaman strawberi dipaksa untuk dikosongkan awal kelmarin selepas tetambak sungai Pajaro pecah disebabkan oleh banjir.

    Di seluruh Monterey County, lebih daripada 8,500 orang berada di bawah perintah dan amaran berpindah kelmarin, termasuk kira-kira 1,700 penduduk, kebanyakan pekerja ladang Latin daripada komuniti Pajaro yang tidak diiktiraf.

    Pegawai berkata bahawa kebocoran tetambak sungai Pajaro kira-kira 30 meter lebar.

    Pasukan telah memeriksa satu per satu pada petang Jumaat untuk menggesa penduduk keluar sebelum hujan turun tetapi beberapa orang masih tinggal dan perlu diselamatkan dari banjir awal kelmarin.

    Pasukan kecemasan dan Angkatan Tentera Nasional California menyelamatkan lebih daripada 50 orang semalam.

    Sungai Pajaro memisahkan daerah Santa Cruz dan Monterey di kawasan banjir.

    Air banjir yang masuk ke dalam telaga kawasan tersebut mungkin tercemar dengan bahan kimia, kata pegawai, dan penduduk diingatkan untuk tidak minum atau memasak air paip kerana takut dijangkiti penyakit. – AP

    Dua orang dan anjing mereka diselamatkan daripada banjir di Watsonville, California. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...