Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Tetap meriahkan sambutan Hari Kebangsaan di perantauan

    Oleh Sim Y.H.

    Pelajar-pelajar Negara Brunei Darussalam yang menuntut di luar negara tidak ketinggalan untuk sama-sama meraikan sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38 dengan Brunei Students’ Society Cardiff (BRUSCA) menganjurkan acara yang berlangsung di Windsor House pada 26 Februari lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BRUSCA, seramai 22 orang pelajar daripada BRUSCA serta tiga orang pelajar Malaysia yang berminat menyertai acara berkenaan telah menghadiri acara sambutan dengan memakai pakaian Melayu.

    Acara dimulakan dengan bacaan Doa Kesyukuran oleh Awang Muhammad Hariz bin Haji Azmi, diikuti majlis jamuan yang disediakan oleh para pelajar.

    Selain itu, Jawatankuasa BRUSCA turut mengaturkan beberapa aktiviti untuk mereka yang hadir, antaranya BRUSChallenge, yang merupakan kuiz berdasarkan apa jua perkara berkaitan dengan Brunei.

    Dalam aktiviti itu, para pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan terdiri daripada enam orang anggota di mana mereka bertanding untuk mengutip mata yang paling banyak dengan memberikan jawapan yang betul.

    Sementara itu, aktiviti kedua adalah Pantun Wars di mana para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan dengan jawatankuasa mendeklamasikan baris pembukaan pantun dan kumpulan berkenaan bertanding berganti-ganti meneruskan pantun bertemakan Hari Kebangsaan. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan-kumpulan yang menang.

    Pelajar-pelajar Brunei dan Malaysia bergambar ramai dengan bendera Negara Brunei Darussalam di majlis berkenaan. – Gambar serahan BRUSCA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...