Tetapkan gaji minimum untuk anak tempatan

Majlis Mesyuarat Negara bermula hari Isnin dan perkara-perkara berbangkit sering kali menjadi perhatian pada permesyuaratan tahunan ini.

Namun mungkin perwakilan MMN kali ini boleh membincangkan mengenai penetapan gaji minimum untuk pekerja tempatan kerana sering kali kita mendengar di Facebook atau media sosial lain, rungutan mengenai pengangguran yang berleluasa dalam kalangan anak tempatan, manakala ketidakpuasan mengenai gaji juga sering menjadi isu hangat diperbualkan di media-media sosial ini terutamanya gaji pekerja anak tempatan dalam sektor swasta.

Mungkin dalam sektor awam tidak berdepan dengan masalah seumpamanya, tetapi sektor swasta didapati agak kurang diberi perhatian oleh pihak berkenaan.

Janganlah hal ini menjadi bak kata pepatah ‘anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.’ Bangunlah pihak relevan dan kajilah mengenainya dan lakukanlah perubahan. – Gaji Seciput