BUENOS AIRES, 22 JUN – Bekas penyerang Manchester United dan Manchester City, Carlos Tevez dilantik sebagai pengurus baharu bagi kelab Argentina iaitu Rosario Central kelmarin, selepas mengesahkan persaraannya sebagai pemain.
Bekas pemain antarabangsa Argentina berusia 38 tahun itu telah mengumumkan mengenai persaraannya sebagai pemain pada 4 Jun lalu, dan kini dia akan mengambil alih peranan sebagai jurulatih kelab tersebut selepas menandatangani kontrak selama setahun.
Rosario berada di kedudukan ke-22 dari 28 buah pasukan yang beraksi di Divisyen Primera Argentina.
Kerjaya bola sepak Tevez termasuk dengan kejayaannya di Liga Perdana bersama dua buah kelab Manchester, begitu juga semasa bersama Juventus di Itali sebelum kontrak ketiga dan terakhirnya bersama Boca Juniors.
Semasa bermain untuk kelab Manchester United, dia berjaya memenangi dua gelaran juara Liga Perdana dan Liga Juara-Juara pada 2008, menjaringkan gol penentuan penentuan semasa menentang Chelsea.
Setahun kemudian, dia membuat keputusan kontroversi dengan membuat perpindahan ke seteru rapat United, iaitu Manchester City dan membantu kelab tersebut memenangi trofi Liga Perdana pada 2011 dan 2012, gelaran juara pertama mereka dalam liga Inggeris sejak 1968.
Di peringkat antarabangsa pula, dia memenangi perlawanan dalam 76 penampilannya bersama Argentina, dia juga terpilih dalam pasukan yang meraih pingat emas dalam Olimpik 2004. – AFP
