Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Tevez umum persaraan

    BUENOS AIRES, 5 JUN – Bekas penyerang Argentina, Carlos Tevez, yang tidak menyertai mana-mana kelab bola sepak sejak tahun lalu, telah mengumumkan persaraannya dari pentas bola sepak, kelmarin.

    “Saya akan bersara, itu yang dapat saya sahkan,” kata pemain berusia 38 tahun itu memberitahu TV Amerika di Argentina.

    “Sebagai seorang pemain, saya telah memberikan segala-galanya dan ia memberikan ketenangan pada diri saya,” tambahnya.

    Tevez telah membuat penampilan sebanyak 76 kali untuk skuad kebangsaan Argentina, termasuk dua dua kali di Piala Dunia, dan sebahagian daripada pasukan yang memenangi piala emas di Sukan Olimpik pada 2004 di Athens.

    Selain itu, di peringkat kelab, dia memulakan dan menamatkan kariernya bersama Boca Juniors, memenangi Copa Libertadores pada tahun 2003 tetapi sepanjang perjalanannya itu, dia mengecapi kejayaan besar dan tidak pernah sunyi daripada kontroversi di England dan Itali.

    Pada 2006, Tevez menyertai West Ham tetapi perpindahannya ke Manchester United setahun kemudian menjadi sukar berikutan perbalahan ‘pemilikan parti ketiga’ yang menyebabkan perubahan peraturan oleh Liga Perdana dan FIFA berhubung dengan kontrak pemain.

    Semasa beraksi untuk pasukan Manchester United, dia berjaya memenangi dua gelaran juara Liga Perdana Inggeris dan berjaya menjulang piala Liga Juara-Juara pada tahun 2008, di mana dalam perlawanan itu dia berjaya menjaringkan gol penalti ketika menentang Chelsea.

    Setahun kemudian, dia telah membuat keputusan yang penuh kontorversi apabila dia memutuskan untuk berpindah ke seteru rapat United, iaitu City dan membantu mereka memenangi gelaran Liga Perdana pada musim 2011-2012, gelaran pertama Manchester City meraih trofi pertama Liga Perdana Inggeris sejak 1968.

    Selain itu juga, Tevez juga berjaya memenangi dua kejuaraan Serie A bersama Juventus sebelum kembali ke pasukan Boca Juniors pada tahun 2015. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Carlos Tevez beraksi dalam perlawanan Liga Juara-Juara UEFA antara Borussia Dortmund dan Manchester City, 4 Disember 2012. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...