Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Texas Rig teknik paling popular untuk softplastic

    Oleh Raz AS

    Texas Rig adalah antara teknik yang paling popular digunakan oleh pemancing-pemancing yang menggunakan umpan softplastic, selain daripada menggunakan jighead.

    Teknik yang mula-mula diperkenalkan oleh pemancing-pemancing ikan air tawar untuk spesies ikan bass ini, seperti kebanyakan teknik-teknik popular lainnya, Texas Rig juga telah mendapat tempat di hati pemancing-pemancing ikan air masin kerana keberkesanannya.

    Pada awalnya, Texas Rig berupa umpan softplastic daripada jenis worm dipasangkan pada mata kail yang mana hujung tajam mata kail tersebut dibenamkan pada badannya. Manakala batu pemberat berbentuk peluru juga digunakan pada bahagian tali sebelum mata kail tersebut. Oleh yang demikian, ia memberikan kebolehan anti sangkut yang sesuai digunakan di kawasan-kawasan yang mempunyai risiko sangkut yang tinggi, seperti di kawasan reba, berumpai dan lain-lain.

    Walau bagaimanapun kini apabila disebut sahaja Texas Rig, ia merujuk kepada teknik yang menggunakan metode weedless, sama ada menggunakan mata kail biasa mahupun offset, tidak kiralah softplastic jenis paddletail, jerkbait atau creature, dengan atau tanpa digandingkan bersama batu pemberat. Oleh yang demikian, kini kebanyakan pemancing menganggap Texas Rig itu sebenarnya adalah teknik memasang umpan ke mata kail meskipun mereka menggunakan kaedah dropshot dan lain-lain.

    Namun di sini apa yang ingin penulis sentuh adalah teknik Texas Rig dalam rupa bentuknya yang asal meskipun tidak semestinya menggunakan softplastic jenis worm.

    Untuk menghasilkan bunyi bagi menarik perhatian ikan, manik kaca bolehlah dipasangkan di antara batu pemberat dengan mata kail. – Agensi

    Selain daripada kelebihan utamanya yang anti sangkut, Texas Rig juga boleh memberikan kelebihan menghasilkan bunyi untuk menarik perhatian ikan ketika memancing di perairan yang keruh. Teori yang sama dengan penggunaan umpan hardbody yang mampu menghasilkan bunyi bertujuan untuk menarik perhatian ikan.

    Akan tetapi bezanya di sini, jika umpan hardbody mempunyai mekanisme dalaman untuk menghasilkan bunyi, Texas Rig yang menggunakan umpan softplastic memerlukan penggunaan manik kaca yang dipasangkan di antara batu pemberat hidup dengan mata kail.

    Apabila batu tersebut menggelongsor ketika umpan dimain-mainkan, ia akan mengakibatkannya terhentak-hentak dengan manik kaca dan menghasilkan bunyi. Meskipun tidaklah sebising umpan hardbody namun ia sudah mencukupi kerana di dalam air bunyi lebih mudah tersebar berbanding di udara melalui getaran.

    Untuk memaksimumkan penghasilan bunyi melalui hentakan manik, lubang mata kail dibiarkan tertonjol keluar sedikit daripada softplastic, jadi ia bukan sahaja bergantung pada hentakan batu dengan manik, bahkan juga antara manik dengan mata kail.

    Penggunaan batu pemberat daripada jenis tungsteen adalah lebih baik untuk menghasilkan bunyi hentakan berbanding daripada jenis timah. Selain itu tungsteen yang mempunyai densiti yang lebih padat membolehkan pemancing menggunakan batu pemberat yang le-bih berat berbanding menggunakan batu yang diperbuat daripada timah dalam saiz yang sama.

    Dari segi penggayaan umpan, tiada bezanya, anda boleh menggunakan teknik yang anda biasa lakukan ketika menggunakan jighead. Akan tetapi kerana kelebihannya yang anti sangkut, anda juga boleh mengheretnya perlahan-lahan di sepanjang dasar atau menggunakannya untuk teknik flipping and pitching di kawasan tebing yang bersemak atau bereba untuk memburu spesies idaman anda yang bersembunyi di sana.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...