‘Texas Seven’ dijatuhi hukuman suntikan maut

WASHINGTON, 5 Dis – Texas hari ini menjatuhi hukuman mati seorang lelaki bersama enam yang lain, dikenali sebagai ‘Texas Seven’ selepas membunuh seorang pegawai polis semasa serbuan jenayah pada tahun 2000 sebelum ditahan yang juga sebahagian daripada program televisyen ‘America’s Most Wanted.’

Joseph Garcia, 47 tahun, dijatuhi hukuman mati dengan menggunakan suntikan maut dan disahkan mati pada jam 6:43 petang waktu setempat di bilik hukuman mati di Huntsville.

Dijatuhi hukuman 50 tahun penjara kerana membunuh sahabatnya semasa pergaduhan, Garcia dan enam banduan yang lain ditahan di penjara Connally yang dikawal ketat turut terlibat dalam cubaan melarikan diri.

Individu tersebut menyerang pengawal keselamatan dan memaksa mereka untuk membuka pintu. Ayah kepada salah seorang individu tersebut menunggu di luar.

Untuk membiayai perjalanan mereka selepas meloloskan diri, ‘Texas Seven’ melakukan rompakan terhadap premis perniagaan dan pada musim Krismas, mereka menyerang kedai sukan di Dallas.

Tatkala mereka melarikan diri dari tempat kejadian, mereka telah membunuh Aubrey Hawkins, seorang pegawai polis muda.

Pihak berkuasa telah melakukan pemburuan dan menawarkan wang $100,000 yang kemudiannya dinaikkan menjadi AS$500,000 untuk mendapatkan maklumat mengenai kumpulan itu.

Selepas penyiaran salah satu episod ‘America’s Most Wanted’, beberapa orang dilaporkan terserempak dengan banduan yang lari.

Enam minggu selepas mereka melarikan diri, mereka ditahan di Colorado dan salah seorang daripada mereka membunuh diri semasa ditahan.

Individu-individu yang terselamat didapati bersalah terlibat dalam pembunuhan seorang pegawai dan dijatuhi hukuman mati. Tiga orang telah dihukum mati dan dua yang lain masih dipenjara. – AFP