Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    TFC bersaing di kelompok tiga teratas Liga Super

    KUALA NERUS, 4 SEPT – Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Nafuzi Zain menyifatkan kejayaan membenam Melaka United FC 5-0 malam tadi sebagai kemenangan paling berharga buat pasukannya.

    Menurut Nafuzi susulan kemenangan itu, peluang skuad Penyu untuk bersaing di kelompok tiga teratas Liga Super kembali cerah selepas kini hanya dibezakan tiga mata dengan penghuni di tempat ketiga, Negeri Sembilan FC (NSFC) dan tujuh mata dengan Sabah FC yang berada di kedudukan kedua.

    “Alhamdulilah tiga mata penting berjaya diraih untuk Terengganu kembali merapatkan kedudukan dengan dua pasukan di atas.

    “Kemenangan ini bagus untuk menaikkan keyakinan pemain. Ini juga adalah kemenangan pertama saya ke atas Melaka United FC sejak menjadi jurulatih TFC pada 2019,” katanya selepas perlawanan menentang Melaka United FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.

    Justeru beliau mengingatkan anak buahnya supaya terus konsisten dan mengekalkan rentak kemenangan bagi menghadapi lima perlawanan terakhir Liga Super. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...