Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    TFC II mahu elak kesilapan mudah

    KUALA NERUS, 15 APRIL – Jurulatih Terengganu FC ll (TFC II), Badrul Afzan Razali mengingatkan anak buahnya supaya mengambil iktibar daripada kesilapan mudah yang dilakukan pada Ahad lepas sehingga mengakibatkan mereka tewas kepada PDRM FC.

    Dalam aksi Liga Premier di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras itu, TFC ll berputih mata dan pulang dengan tangan kosong selepas tumpas 1-2 di tangan skuad kendalian Wan Rohaimi Wan Ismail itu.

    Justeru, Badrul Afzan menggesa anak buahnya supaya kembali bermain dengan baik dan mengembalikan momentum kemenangan ketika bertemu Kelantan United, di laman sendiri malam esok.

    “Banyak kesilapan individu dan kecil yang tidak sepatutnya dilakukan pemain hingga menyebabkan kita tewas di tangan PDRM.

    “Untuk pertembungan dengan Kelantan nanti, saya mahu pemain fokus, kurangkan rasa terlalu yakin dan elakkan kesilapan kecil bagi mengelak kita terus dihukum dengan kekalahan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan semalam.

    Sementara itu, Kapten TFC ll Jordan Mintah berkata beliau berjanji akan turun dengan corak permainan yang lebih tersusun dan meyakinkan bagi memastikan tiga mata penuh menjadi milik skuad The Turtles malam esok. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...