Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    TFC II perlu waspada jentera serangan JDT II

    KUALA NERUS, 19 MEI – Jurulatih Terengganu FC ll (TFC ll), Badrul Afzan Razali, mahu anak buahnya melupakan kekalahan 0-1 kepada Kelantan FC dan fokus untuk berdepan pasukan Johor Darul Ta’zim ll (JDT ll) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, malam esok.

    Beliau berkata pemain perlu bijak memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri bagi mengutip tiga mata berharga sekaligus memperbaiki kedudukan The Turtles di persada Liga Premier.

    Bagi memastikan momentum kemenangan dapat dicapai, Badrul Afzan turut mengingatkan pemain agar lebih waspada dengan ancaman di bahagian serangan yang menjadi kekuatan skuad bimbingan Mariano Echeverria. 

    Badrul Afzan berkata jentera penggempur lawan yang dibarisi pemain import berkualiti seperti Fernando Rodriguez perlu diawasi dengan ketat sekiranya tidak mahu gawang mereka dibolosi.

    Dalam pada itu, skuad The Turtles juga katanya akan menggunakan khidmat enam pemain tempatan daripada pasukan Terengganu FC (TFC) untuk mengisi kekosongan di beberapa posisi malam esok. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...