Monday, December 5, 2022
22.3 C
Brunei

-

TFC tentukan lima tonggak utama pemain import

KUALA NERUS, 26 JAN – Pemilihan lima pemain import untuk skuad utama Terengganu FC (TFC) akan dimuktamadkan selepas selesai semua aksi persahabatan.

Ketua Jurulatih TFC, Nafuzi Zain berkata ketika ini anak buahnya giat menjalani latihan bagi meningkatkan kecergasan dan membina keserasian.

“Kita masih ada enam minggu sebelum Liga Malaysia (Liga M) bermula. Sekarang ini kita dalam tempoh latihan kecergasan, jadi saya tidak fokus pada siapa kesebelasan utama kerana persediaan untuk keseluruhan pasukan itu lebih penting,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Gong Badak.

Katanya, pemain import yang tidak terpilih untuk pasukan utama akan menyertai skuad Terengganu FC ll (TFC ll).

TFC Sdn Bhd telah menandatangani kontrak dengan lapan pemain import untuk diserap kepada kedua-dua pasukan di bawahnya bagi mengharungi Liga M yang bermula awal Mac ini. 

Tiga pemain import yang dikekalkan daripada musim lepas ialah Argzim Redzovic, Habib Haroon dan Jordan Mintah, manakala muka baharu yang ditampilkan ialah Kipre Tchetche, yang pernah menyarung jersi skuad Penyu pada 2018, selain Kpah Sherman, Pape Diakite, Luke Woodland dan Manuel Ott.- Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

ASEAN: Tiga tindakan promosi pembangunan bandar mampan

FUKUSHIMA, 4 DIS – Mesyuarat keempat Peringkat Tinggi Rangkaian Bandar Pintar ASEAN-Jepun bermula di sini hari ini, dengan ASEAN mengetengahkan tiga tindakan utama untuk...

Australia dakwa suspek IS

- Advertisment -