Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    TGM juara Piala Veteran JWCE

    Oleh Daniel Lim

    SERIA, 23 OKT – Pasukan TGM baru-baru ini telah diangkat sebagai juara dalam Piala Veteran JWCE yang diadakan dari 8 Oktober hingga 21 Oktober di Gelanggang Bola Keranjang New Village Mutual Aid, Seria.

    Pasukan-pasukan yang menyertai pertandingan ini terdiri daripada Water Pro, TGM, Menglait, Redz Eagles, dan The Rookies.

    Pasukan Redz Eagles gagal mara ke peringkat separuh akhir. Manakala pasukan Menglait dan Water Pro masing-masing kalah kepada pasukan TGM dan The Rookies.

    Dalam aksi perebutan tempat ketiga, pasukan Menglait memulakan saingan dengan mendahului enam mata pada penghujung suku pertama perlawanan. Kelebihan ini tidak kekal lama apabila pasukan Water Pro mengejar dan mendahului kedudukan pada suku ketiga dan akhir, seterusnya memenangi perlawanan dengan jumlah jaringan 80-67.

    Sementara itu, perlawanan akhir diadakan pada malam yang sama selepas tamat perlawanan penentuan untuk tempat ketiga. Pasukan TGM mendahului dengan tujuh mata pada penghujung suku pertama dan 11 mata pada penghujung suku kedua. Pasukan The Rookies tidak mudah mengaku kalah dan berjaya mendahului pada suku keempat.

    Kedua-dua pasukan mendapat jumlah jaringan yang sama. Namun, pada saat-saat akhir permainan, pasukan TGM berjaya melakukan jaringan tiga-mata sekali gus memenangi pertandingan dengan jumlah jaringan 76-74.

    Hadir bagi menyaksikan perlawanan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah wakil dari JCWE Sdn Bhd, Johnny Chong, yang dijemput oleh pengerusi Persatuan Bola Keranjang Daerah Belait (BDBA), Koo Kong Loi.

    Pertandingan yang dianjurkan oleh BDBA dan JCWE Sdn Bhd ini ditaja oleh Hui Huang Enterprise. Kejohanan ini dibuka kepada pemain berumur 40 tahun dan ke atas sahaja. Ia bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pemain bola keranjang serta melatih kemahiran dan pengetahuan pemain dan pengadil di daerah ini.

    Reaksi pemain-pemain TGM bergambar bersama trofi dan pingat yang dimenangi dalam Piala Veteran JWCE.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...