THAAD: Korea Selatan komited

SEOUL, 4 Jan – Korea Selatan komited untuk mengaturkan kedudukan sistem pertahanan peluru berpandu canggih AS tahun ini di sebalik tentangan dari China, menurut seorang menteri hari ini, meskipun ketika para ahli undangan pihak pembangkang pergi ke Beijing dengan mesej berbeza.

Seoul dan Washington bersetuju mengaturkan kedudukan sistem Terminal High Altitude Area Defense (THAAD) di Korea Selatan selepas siri-siri ujian nuklear dan peluru berpandu nuklear Korea Utara yang mengakibatkan bantahan keras dari China. “Pengaturan kedudukan THAAD adalah sebahagian usaha kami untuk mengukuhkan pertahanan daripada ancaman Korea Utara,” Menteri Pertahanan Han Min-Koo berkata dalam satu laporan kepada pemangku presiden negara itu.

“Perkara ini bukan bagi pertimbangan politik,” dia memberitahu Perdana Menteri Hwang Kyo-Ahn, yang mengambil alih kuasa eksekutif Presiden Park Geun-Hye yang diselubungi skandal selepas beliau didakwa bulan lalu.

Namun parti pembangkang, Parti Demokratik berkata mereka akan mengkaji pengaturan kedudukan itu jika mereka memenangi pilihan raya presiden akan datang dan sekumpulan ahli undangan mereka telah pergi ke Beijing untuk menemui Menteri Luar China Wang Yi dan para pegawai tertinggi lain.

“Mereka akan menyampaikan kepercayaan kami kepada China bahawa isu THAAD seharusnya diserahkan kepada presiden akan datang,” kata pemimpin parlimen itu Wang Sang-Ho.

Pada awalnya ditetapkan pada Disermber 2017, pilihan raya presiden negara itu mungkin diawalkan jika pendakwaan Park disokong oleh Mahkamah Perlembagaan, yang mempunyai tempoh sehingga enam bulan untuk membuat keputusan.

Calon presiden bagi Parti Demokratik Moon Jae-In pada masa ini adalah calon yang disebut-sebut akan menang.

Beijing mengatakan THAAD akan menjejaskan kepentingan keselamatannya dan menambah risiko konflik ketenteraan di rantau itu, dan telah mengenakan apa yang dilihat di Korea Selatan sebagai siri-siri sekatan dalam tindak balas bagi perkembangan itu. – AFP