Thai, Indonesia bincang penyelesaian krisis Myanmar

BANGKOK, 24 FEB – Menteri luar negeri junta Myanmar mengunjungi Thailand hari ini ketika kuasa serantau berusaha untuk menamatkan tiga minggu keganasan mematikan yang dipacu oleh rampasan kuasa tentera.

Menteri Luar Negeri Wunna Maung Lwin mengadakan perbincangan dengan rakan-rakannya dari Thailand dan Indonesia mengenai pertemuan pertama secara bersemuka antara anggota junta kanan dan kerajaan asing.

Tentera telah berdepan dengan kecaman keras antarabangsa kerana menggulingkan pemimpin awam Aung San Suu Kyi dari kekuasaan dalam rampasan kuasa tentera pada 1 Februari, dengan para penunjuk perasaan melakukan bantahan di seluruh negara setiap hari.

Pertemuan itu muncul selepas pengumuman bahawa menteri luar Indonesia Retno Marsudi tidak akan segera mengunjungi negara yang dilanda krisis rampasan kuasa itu walaupun terdapat dokumen bocor dari pihak Myanmar mengenai kunjungannya yang akan datang. Sebaliknya, jurucakap kementerian luar negeri Thailand, Tanee Sanrat mengesahkan dalam pesanan teks kepada wartawan bahawa Marsudi – yang mengunjungi Bangkok – bertemu dengan Wunna Maung Lwin di Thailand, pada hari yang sama dia mengadakan pertemuan dengan menteri luar negeri Don Pramudwinai.

“Kami tidak membuat sebarang perancangan tapi ya,” tulis Tanee sebagai menjawab persoalan mengenai pertemuan antara tiga menteri.

Sumber kerajaan lain mengatakan ‘pertemuan tiga pihak antara menteri Indonesia, Thailand dan Myanmar, diusulkan oleh Thailand.”

Tidak ada perincian yang dikeluarkan mengenai perbincangan tersebut.

Kedua-dua negara ASEAN itu adalah ‘jiran yang ramah’, katanya, sebelum mengakhiri temu bual. – AFP

Para pembantah memegang sepanduk di hadapan penghadang yang didirikan polis melakukan bantahan terhadap rampasan kuasa tentera di depan kedutaan Indonesia di Yangon, kelmarin. – AFP