Thai kekalkan kuasa tahanan arbitrari

BANGKOK, 10 JULAI – Kerajaan awam baharu Thailand akan mengekalkan kuasa menahan pengkritik secara sewenang-wenang meskipun kelonggaran kawalan keselamatan era-junta, sekali gus mendorong amaran daripada kumpulan hak mengenai ‘pemerintahan tentera.’

Hampir 2,000 orang telah dibicarakan di mahkamah tentera sejak perdana menteri Prayut Chan-O-Cha merampas kuasa dalam rampasan kuasa pada 2014.

Junta membatalkan pengharaman ke atas aktiviti politik pada tahun lalu sebelum pilihan raya negara dan bekas ketua tentera itu menghapus puluhan perintah junta secara berperingkat-peringkat semalam, memindah kes tentera ke mahkamah awam.

Namun kerajaan mengekalkan lebih 100 perintah, termasuk hak untuk polis menahan suspek selama tujuh hari atas sebab-sebab keselamatan negara.

“Ia adalah pemerintahan tentera yang digunakan ketika krisis kecemasan, tetapi kami mempunyai pilihan raya dan kerajaan baharu, maka kenapa ia masih dikenakan?” kata Anon Chalawan daripada kumpulan pengawasan perundangan iLaw.

Prayut semalam mempertahankan pembatalan kuasa era junta sebagai satu cara untuk ‘menyelesaikan masalah.’

Namun penganalisis politk Titipol Phakdeewanich berkata sekatan berterusan menunjukkan demokrasi penuh masih belum dicapai di Thailand. – AFP

Gambar fail bertarikh 6 Jun menunjukkan Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-O-Cha tersenyum dan bercakap kepada pemberita sebelum mesyuarat di rumah kerajaan di Bangkok, Thailand. – AP