Thai Pakdee pertahankan monarki

BANGKOK, 30 OGOS – Kira-kira 1,000 orang berkumpul di arena sukan Bangkok hari ini, berikrar untuk mempertahankan monarki Thailand daripada gerakan besar-besaran yang diketuai pelajar yang mereka percaya satu ancaman kepada kewujudan institusi itu.

Menggelar diri mereka sebagai ‘Thai Pakdee’ atau ‘Setia Thai’, kebanyakan mereka berpakaian kuning – warna yang merujuk kepada monarki dan pemerintahan. Beberapa daripadanya memegang potret Raja Maha Vajiralongkorn dan mendiang ayahandanya Raja Bhumibhol Adulyadej, sementara yang lain mengibarkan bendera negara.

Perhimpunan itu diadakan ketika bantahan antikerajaan meraih momentum di seluruh Thailand, menunjukkan cabaran kuat kepada pemerintahan Perdana Menteri Prayuth Chan-O-Cha.

Speaker pada perhimpunan hari ini berikrar untuk melindungi monarki dan negara. Video-video menunjukkan salah satu peranan Raja Maha yang disanjung tinggi dalam memerangi komunis pada tahun 1970an, ketika pemberontak di hutan mengancam kestabilan negara.

“Saya berjanji untuk berganding bahu bersama saudara sekalian yang berkongsi kepercayaan sama untuk melindungi insitiusi beraja yang disayangi,” kata seorang speaker, Patiyut Tongpajong.

Bercakap kepada media sebelum program bermula, pemimpin Thai Pakdee, Warung Dechgitvigrom, bekas anggota parlimen berkata hasrat mereka adalah ‘untuk mendidik orang ramai’. – AP

Para penyokong kumpulan Thai Pakdee menjulang potret kerabat diraja Thailand semasa perhimpunan di Bangkok pada 30 Ogos. – AFP