Thai perketat kawalan sempadan

BANGKOK, 17 JULAI – Thailand memperketat penguatkuasaannya di sempadan – darat dan perairan – untuk mengekang kemasukan pekerja migran berikutan kebimbangan terhadap kemungkinan gelombang kedua jangkitan COVID-19.

Ketua Biro Imigresen (IB) Pol Lt Jeneral Sompong Chingduang berkata terdapat peningkatan permintaan untuk pekerja migran ketika situasi COVID-19 bertambah baik dan kegiatan perniagaan kembali di negara itu.

Bagaimanapun, beliau berkata semua pintu masuk tetap ditutup untuk pelancong dan pekerja migran, mendorong beberapa pekerja migran menyelinap ke negara itu dan menghindari tempoh 14 hari kuarantin di pusat kemudahan disediakan. – Bernama