BANGKOK, 7 Mac – Satu parti utama yang dikaitkan dengan penyokong Shinawatra hari ini dibubarkan oleh mahkamah, hanya beberapa minggu sebelum pilihan raya umum, ekoran bida malang untuk mencalonkan seorang puteri sebagai calon bagi jawatan perdana menteri.
Thai Raksa Chart, yang terikat dengan bekas-bekas perdana menteri, Thaksin dan Yingluck Shinawatra, telah mencadangkan Puteri Ubolratana sebagai calon perdana menterinya jika gabu-ngan itu meraih majoriti lebih rendah dewan selepas pilihan raya 24 Mac.
Itu adalah langkah yang tidak pernah dilakukan sebelum ini dalam sistem beraja berperlembagaan yang mana keluarga diraja secara rasmi terkecuali dari pertikaian politik dan mengakibatkan teguran umum luar biasa oleh adindanya, Raja Maha Vajiralongkorn yang mengeluarkan perintah diraja yang mengisytiharkan langkah parti itu ‘tidak wajar’.
Langkah undang-undang kemudian menyusul. Eksekutif-eksekutif parti itu diketuai oleh ketua Preechapol Pongpanich dan termasuklah dua anggota keluarga Shinawatra tiba di Mahkamah Perlembagaan tengah hari ini bagi perintah itu.
Terdahulu, anggota kehakiman seramai sembilan orang telah membuat keputusan sama ada akan membubarkan parti itu atas dakwaan ia bertindak dalam cara ‘berseteru dengan sistem beraja berperlembagaan dengan mencadangkan nama puteri’.
Mahkamah telah mengharamkan dua parti berkaitan dinasti Shinawatra dan telah menggulingkan dua perdana menterinya, dalam tempoh 13 tahun kacau-bilau politik sejak Thaksin disingkirkan dari pejabat oleh rampasan kuasa dalam tahun 2006. – AFP


































