BANGKOK, 24 NOV – Institut Vaksin Kebangsaan Thailand semalam mengumumkan dua daripada tujuh calon vaksin COVID-19 berjaya diuji terhadap haiwan dan bakal menjalani ujian ke atas manusia.
Pengarahnya, Dr Nakorn Premsri, berkata dua calon vaksin memasuki percubaan Fasa 2 terhadap manusia adalah vaksin mRNA yang dibangunkan oleh Pusat Penyelidikan Vaksin Chula (Chula VRC) dan vaksin DNA dihasilkan Bionet-Asia.
Chula VRC menjangkakan prototaip vaksin mRNA akan memasuki fasa ujian terhadap manusia sekitar April depan. – Xinhua