Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Thailand alu-alukan pengunjung China

    BANGKOK, 1 JAN – Thailand mengalu-alukan kepulangan pelancong China susulan pengumuman yang dibuat oleh negara itu untuk melonggarkan sekatan ke atas penerbangan antarabangsa.

    “Kami sangat gembira untuk mengetahui bahawa China akan melaksanakan langkah pengawalan sempadan baharu bermula 8 Januari. Ini merupakan berita baik yang sudah lama dinanti oleh Thailand,” kata Menteri Pelancongan dan Sukan, Phiphat Ratchakitprakarn kepada Xinhua kelmarin.

    Pada 2019, pelancong China mewakili 29 peratus daripada hampir 40 juta orang pelancong antarabangsa Thailand.

    Kementerian yang berkaitan seperti pelancongan, kesihatan dan pengangkutan dijangka akan menyelaraskan dan membuat persediaan bagi peningkatan pelancong terutama dari China, katanya.

    Menurut data rasmi yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, ketibaan antarabangsa pada 2022 mencecah 11.5 juta orang, melepasi sasaran awal iaitu 10 juta orang.

    Sasaran bagi 2023 ialah untuk menerima 20 juta orang pelancong asing, dan angka itu mungkin meningkat kepada 25 juta orang berikutan keputusan China untuk melonggarkan sekatan COVID, kata Phiphat, dan menambah pihak berkuasa yakin dapat mencapai sasaran baharu tersebut.- Xinhua

    Penumpang beratur sebelum memasuki pesawat di lapangan terbang wilayah Jiangxi, China. Thailand mengalu-alukan kepulangan pelancong China susulan pengumuman yang dibuat oleh negara itu untuk melonggarkan sekatan ke atas penerbangan antarabangsa.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...