Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Thailand ambil pendekatan tidak berpihak

    BANGKOK, 10 MAC – Thailand mengambil pendekatan tidak berpihak kepada Rusia atau Ukraine dalam isu konflik antara kedua-dua negara itu demi menjaga kepentingan negara dan rakyatnya.

    Jurucakap kerajaan Thailand Thanakorn Wangboonkongchana berkata Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha telah mengemukakan dasar mengenai krisis Rusia-Ukraine sejak awal konflik demi keseimbangan di peringkat antarabangsa.

    Beliau mengulangi pendirian asas Thailand adalah untuk memindahkan warganegaranya di Ukraine dan hal itu berjaya dilaksanakan.

    “Pendirian Thailand sentiasa menyokong dialog, bukan keganasan, mencari penyelesaian secara aman berdasarkan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau menerusi mekanisme yang dipersetujui bersama,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

    Sebagai anggota ASEAN, Thanakorn berkata Thailand juga menegaskan pendiriannya menerusi kenyataan Menteri Luar ASEAN mengenai situasi di Ukraine dan menyeru semua pihak berkaitan supaya melaksanakan pencegahan maksimum dan berusaha sedaya upaya meneruskan dialog melalui pelbagai saluran.

    Beliau menambah Thailand percaya bahawa penyelesaian konflik boleh dicapai melalui cara aman.

    “Dengan cabaran pandemik COVID, Thailand tidak mahu melihat sebarang konflik dan ketegangan antarabangsa,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...