Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Thailand, Arab Saudi kukuh lagi hubungan dua hala

    BANGKOK, 16 MEI – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Thailand, Don Pramudwinai mengetuai delegasi lawatan ke Arab Saudi – bertujuan memperkukuh hubungan dua hala serta menggalakkan kerjasama dalam bidang politik, ekonomi, perdagangan dan pelaburan.

    Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan lawatan Don pada 15 hingga 18 Mei disertai 78 wakil agensi kerajaan dan 57 wakil syarikat swasta.

    “Lawatan rasmi itu bertujuan menggalakkan kerjasama dua hala selepas hubungan diplomatik Thailand-Arab Saudi kembali normal dan memacu kerjasama seperti dipersetujui kedua-dua negara menerusi lawatan rasmi Perdana Menteri Prayuth Chan-o-cha pada Januari.

    “Kunjungan itu juga akan mengukuhkan interaksi dan penyelarasan antara agensi kerajaan secara dua hala dan pelbagai hala, mewujudkan peluang pekerjaan bagi rakyat Thailand di Arab Saudi, dan meningkatkan eksport produk ke Arab Saudi,” menurut kenyataan itu.

    Semasa kunjungan itu, Don dijadual bertemu Menteri Luar Arab Saudi, Menteri Pelaburan, Menteri Pelancongan dan Menteri Tenaga.

    Beliau juga dijadual menyaksikan majlis memeterai memorandum persefahaman mengenai penubuhan Majlis Penyelarasan Arab Saudi-Thailand dan Memorandum Persefahaman antara Dewan Perniagaan Arab Saudi-Thailand

    “Selain itu beliau akan berucap di pembukaan Forum Pelaburan Arab Saudi-Thailand 2022. Seramai 300 peserta dijangka menyertai acara ini,” menurut kenyataan itu.

    Don juga dijadual menyertai acara anjuran Kedutaan Thailand di Riyadh untuk mempromosikan industri makanan Halal Thailand. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...