Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Thailand bakal buka klinik ‘long-COVID’ di Bangkok

    BANGKOK, 6 MEI – Thailand akan membuka perkhidmatan klinik ‘long COVID’ di Bangkok minggu depan bagi menyokong dan menyediakan rawatan untuk pesakit COVID yang mengalami kesan jangka panjang.

    Dalam satu kenyataan, Setiausaha Tetap Pentadbiran Bangkok (BMA), Khachit Chatchavanich berkata sembilan klinik COVID akan dibuka di hospital mulai Isnin (9 Mei).

    “Pesakit yang pulih daripada jangkitan COVID selama lebih sebulan dan mengalami gejala berlarutan akan menerima rawatan yang menumpukan kepada pemantauan simptom mereka,” katanya.

    Beliau berkata rawatan yang diberikan berdasarkan keutamaan. Sembilan klinik itu akan dibuka di setiap hospital, sekali seminggu pada hari dan slot masa yang berbeza dan dikendalikan pengamal am, jururawat dan ahli terapi.

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kebanyakan pesakit yang menghidap COVID pulih sepenuhnya.

    Bagaimanapun, bukti menunjukkan kira-kira 10 hingga 20 peratus orang mengalami pelbagai kesan sampingan untuk jangka masa sederhana dan panjang selepas pulih. – Bernama

    Thailand akan membuka perkhidmatan klinik ‘long COVID’ di Bangkok pada 9 Mei untuk merawat dan menyokong pesakit COVID.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...