Thailand bakal lancar feri elektrik pertama

BANGKOK, 6 OGOS – Menteri Pengangkutan Thailand kelmarin mengumumkan ia akan melancarkan feri elektrik pertama negara, sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan menyokong tenaga bersih.

Ia akan memulakan operasi percubaan di Phuket dan mempunyai bot dikuasai solar menjelang 2021, kata jabatan itu dalam satu kenyataan media.

Menjelang 2021, akan terdapat sehingga 30 buah feri menyediakan perkhidmatan dalam fasa pertama sebelum ia diperluaskan kepada 200 buah feri dalam masa tiga hingga empat tahun, menurut kenyataan itu lagi. – Xinhua