Thailand bebas dua aktivis

BANGKOK, 8 SEPT – Dua aktivis Thailand yang ditahan kerana melanggar peraturan ikat jamin bulan lalu, dibebaskan kelmarin selepas polis memaklumkan kepada mahkamah, polis tidak mempunyai alasan kukuh untuk terus menahan mereka.

Peguam hak asasi manusia, Anon Nampa, 35, dan aktivis pelajar Panupong Jadnok, 24, dibebaskan pada Isnin petang selepas lima hari ditahan di Penjara Reman Bangkok.

Mahkamah Jenayah Bangkok berkata polis memberitahu mahkamah untuk membatalkan perintah tahanan selepas siasatan lanjut dijalankan.

“Tidak ada lagi keperluan untuk terus menahan mereka,” kata mahkamah dalam satu kenyataan.  – Bernama