Thailand belanja AS$1.4 bilion bantuan tunai

BANGKOK, 4 SEPT – Kerajaan Thailand merancang membelanjakan 45 bilion baht (sekitar AS$1.4 juta) untuk bantuan tunai kepada 15 juta orang yang terjejas akibat kejatuhan ekonomi disebabkan COVID-19, selain diharap dapat meningkatkan penggunaan domestik.

Timbalan Setiausaha Agung Majlis Pembangunan Ekonomi dan Sosial,  Danucha Pichayanan pada Rabu mengatakan peruntukan itu diluluskan dalam mesyuarat mengenai situasi ekonomi yang terkesan oleh COVID-19. Peruntukan itu juga sebagai langkah rangsangan ekonomi yang disyorkan Kementerian Kewangan, katanya.

Di bawah langkah itu, kerajaan akan menyalurkan wang tunai 3,000 baht kepada orang ramai untuk membeli barang keperluan, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA). – Bernama