Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Thailand belasah Indonesia di Piala Suzuki

    SINGAPURA, 30 DIS – Chanathip Songkrasin menjaringkan gol dua kali ketika Thailand semakin hampir untuk merangkul gelaran Piala AFF Suzuki keenam dengan membenam Indonesia 4-0 pada aksi final pertama semalam.

    Kapten Thai itu membuka jaringan di Stadium Nasional Singapura dalam minit kedua dan menambah satu lagi gol sejurus selepas masa rehat.

    Gol yang cemerlang dari Sarachat dan Bordin Phala meletakkan juara lima kali itu dalam kedudukan kukuh menuju ke final kedua, Sabtu ini.

    Kekecewaan Indonesia dalam saingan itu dijangka akan berterusan. Mereka ditewaskan dalam lima penampilan sebelumnya dalam final termasuk kekalahan kepada pasukan Thai pada 2000, 2002 dan 2016.

    Thailand membuat tujuh perubahan kepada barisan skuad selepas kemenangan separuh akhir ke atas juara bertahan Vietnam, tetapi mereka mencatat permulaan yang kukuh dan mendahului selepas kurang 90 saat.

    Hantaran Philip Roller disambut dengan baik oleh kapten Thailand itu sebelum percubaannya yang menerjah gawang gol Indonesia hanya mampu dilihat Nadeo Argawinata. Permainan pantas Thailand yang kerap kali bergerak menerusi bahagian sayap sentiasa mengancam Indonesia dan mereka nyaris melebarkan jurang pada minit ke-14.

    Hantaran lintang daripada sebelah sayap kiri Thailand menemui Bordin Phala namun volinya dihalang Asnawi Mangkualam di depan pintu gol Indonesia sebelum tandukan susulan Elias Dolah melewati palang.

    Indonesia berpeluang bangkit seri apabila percubaan Alfeandra Dewangga yang hanya berdepan Siwarak Tedsungnoen melambung tinggi.

    Pada babak kedua, Indonesia yang sedang mengancam kubu Thailand tergamam dengan serangan balas pantas Thailand yang disempurnakan oleh Chanathip untuk gol kedua mereka pada minit ke-51. – AFP

    Aksi Supachok Sarachat (kanan) cuba mengawal bola semasa perlawanan Piala AFF Suzuki di antara Indonesia dan Thailand di Singapura pada 29 Disember 2021. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...