Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Thailand benarkan pelawat tanpa ujian COVID

    BANGKOK, 5 JAN – Pihak berkuasa Thai berkata pengembara dari China boleh memasuki negara itu tanpa ujian koronavirus sebelum berlepas, dengan harapan pengembalian mereka akan memberikan rangsangan kepada pemulihan sektor pelancongan negara.

    China telah mengalami peningkatan dalam jangkitan dan hospital dan tempat membakar mayat telah dibanjiri selepas Beijing menamatkan sekatan ketat pada bulan lalu.

    Amerika Syarikat, Kanada, Jepun dan Perancis adalah antara negara yang telah mengenakan peraturan baharu mewajibkan pengembara dari China untuk membuktikan keputusan ujian COVID negatif ketika kebimbangan meningkat berhubung peningkatan dalam kes. Namun pihak berkuasa Thai berkata hari ini semua negara harus diberi layanan yang sama.

    “Thailand tidak memerlukan keputusan ujian COVID daripada pelancong dari mana-mana negara,” beritahu Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul kepada wartawan selepas rundingan di antara pegawai kesihatan, pelancongan dan pengangkutan.

    China adalah sumber terbesar pelancong asing untuk Thailand sebelum pandemik, dengan hampir 11 juta ketibaan dicatat pada 2019, menurut data kerajaan. Pelancongan menyumbang kepada hampir 20 peratus daripada pendapatan Thai sebelum pandemik, dan sekatan yang ketat di sempadan pada kemuncak krisis kesihatan telah menjejas teruk hotel, restoran dan operator pelancongan di seluruh negara.

    “Ia merupakan peluang untuk memulihkan situasi ekonomi kami dan pulih daripada kerugian yang dialami selama hampir tiga tahun,” kata Anutin.

    Tanes Petsuwan, Penolong Gabenor Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, berkata beliau menjangka 60,000 rakyat China akan memasuki Thailand pada bulan ini dan jumlah tersebut akan meningkat.

    “Kami menjangka pelancong China datang ke Thailand selepas Tahun Baharu Cina,” kata Menteri Pelancongan, Pipat Ratchakitprakan. – AFP

    Dua orang wanita berjalan melepasi hiasan yang dibuat daripada bola bercahaya di luar sebuah gedung membeli-belah di Bangkok pada 4 Januari 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...