Friday, December 6, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand cadang lebih banyak pusat pemeriksaan sempadan

    BANGKOK, 29 SEPT – Thailand telah mencadangkan untuk mewujudkan lebih banyak pusat pemeriksaan sempadan di sepanjang perbatasannya dengan Malaysia dalam usaha untuk memacu perdagangan rentas sempadan, pembangunan dan peningkatan hubungan serta interaksi antara individu.

    Cadangan itu dibuat semasa pertemuan baru-baru ini antara Speaker Dewan Rakyat Thailand, Wan Muhamad Noor Matha dan Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel ketika kedua-duanya membincangkan cara untuk memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dua hala.

    Wan Muhamad Noor mengusulkan pembukaan pusat pemeriksaan sempadan baharu di daerah Kabang di wilayah Yala, yang akan menghubungkan ke negeri Kedah di utara Malaysia.

    “Pusat pemeriksaan sempadan baharu dengan Malaysia mengukuhkan hubungan rapat kami dan meningkatkan perdagangan sempadan.

    “Saya akan menggesa kerajaan untuk melaksanakan projek ini,” menurutnya dalam satu kenyataan.

    Wan Muhamad Noor juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana menjaga pelajar Thailand dan rakyat Thai yang bekerja di Malaysia. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda