Tuesday, January 21, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand catat 4 kematian, 1,443 kes baharu

    BANGKOK, 20 APRIL – Thailand mencatat 1,443 kes baharu COVID-19 dan empat lagi korban sejak 24 jam lalu menjadikan jumlah kes kini mencecah 45,185 dan 108 kematian.

    Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr TaweesinVisanuyothin berkata sebanyak 1,441 membabitkan penularan tempatan termasuk 350 kes di Bangkok diikuti Chiang Mai (116), Chonburi (82), SamutPrakan (60) dan Pathum Thani. Dua kes diimport turut dilaporkan.

    “Bulan ini sahaja sebanyak 16,322 kes direkodkan.

    “Sehingga kini, sejumlah 222 pesakit COVID-19 mengalami beberapa gejala dan jumlah pesakit yang memerlukan bantuan mesin pernafasan meningkat kepada 55 orang,” katanya pada taklimat COVID-19 di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda