Thailand catat lima kes baharu

BANGKOK, 15 JULAI – Thailand melaporkan lima kes COVID-19 baharu, membabitkan rakyat negara itu yang kembali dari luar negara serta menjalani kuarantin selama 14 hari di kemudahan negara, dan sifar kematian dalam tempoh 24 jam lepas.

Setakat ini, terdapat sejumlah 3,232 kes COVID-19 dilaporkan di Thailand dengan 58 kematian. Sejumlah 3,092 pesakit telah pulih sepenuhnya dan didiscaj manakala 82 masih dirawat.

Menurut kenyataan, kelima-lima pesakit terdiri daripada dua individu yang kembali dari Emiriah Arab Bersatu, dua dari Singapura dan seorang dari Amerika Syarikat (AS). – Bernama