Monday, October 3, 2022
23.6 C
Brunei

Thailand gagal teruskan perlawanan bolasepak Vietnam B19

-

HANOI, 10 OGOS – Vietnam menewaskan Thailand 1-0 dalam perlawanan ketiga Kejohanan Antarabangsa B19 2022 di wilayah selatan Vietnam, Binh Duong pada Selasa.

Meskipun sudah menempah tiket ke pusingan akhir, pasukan Vietnam tetap bermain dengan keazaman tinggi, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Dinh Bac berjaya menjaringkan gol pada minit ke-14, membolehkan pasukannya mengawal perlawanan.

Pada minit-minit akhir, Thailand mencipta beberapa situasi berbahaya namun gagal membuat jaringan menjadikan perlawanan kekal 0-1 hingga wisel penamat. Keputusan itu menyingkirkan Thailand daripada kejohanan itu. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik keempat

SEOUL, 2 OKT – Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik kelmarin, menjadikan keseluruhan empat pelancaran minggu ini oleh negara bersenjata nuklear itu. Ujian itu...
- Advertisment -