Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Thailand harap lawatan ketua Liga Dunia Islam eratkan kerjasama

    BANGKOK, 15 FEB – Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha berharap lawatan Setiausaha Agung Liga Dunia Islam (MWL) Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa ke negara itu akan membawa kepada kerjasama erat antara Thailand dan dunia Islam.

    Dalam satu kenyataan, jurucakap kerajaan Thailand Thanakorn Wangboonkongchana berkata Prayuth menerima kunjungan hormat daripada Al-Issa di Rumah Kerajaan kelmarin.

    Beliau tiba di Bangkok untuk mengadakan pertemuan dengan pegawai Thailand dan pemimpin agama.

    Beliau berkata lawatan itu akan membawa kepada kerjasama yang lebih erat dan ketara antara Thailand dan MWL berdasarkan kepentingan bersama.

    “Beliau (Prayuth) berharap lawatan setiausaha agung MWL akan mengukuhkan lagi hubungan dan persefahaman antara Thailand dan dunia Islam,” katanya. Thanakorn berkata Prayuth juga menyatakan sokongan kepada pendirian Arab Saudi terhadap “Islam sederhana”, dan mengenai interaksi antara penganut berbeza agama.

    “Prayuth juga menegaskan sokongan Thailand terhadap usaha MWL, terutamanya yang bertujuan memperkenalkan bantuan kemanusiaan selaras dengan prinsip Islam, dan merapatkan interaksi antara rakyat pelbagai latar belakang yang membawa keamanan, keadilan dan kewujudan bersama,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...