Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Thailand jangka hadapi puncak gelombang COVID-19 pertengahan April

    BANGKOK, 3 MAC – Thailand perlu bersiap sedia dalam beberapa minggu lagi kerana pakar mengatakan pandemik COVID-19 dijangka memuncak pada pertengahan April.

    Pengarah Biro Komunikasi Risiko dan Pembangunan Tingkah Laku Kesihatan Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Sumanee Watcharasin berkata angka kes COVID-19 di negara itu dijangka terus meningkat apabila varian Omicron semakin merebak.

    “Kes harian COVID-19 dijangka memuncak pada pertengahan April dan beransur turun pada Mei,” katanya pada taklimat harian COVID-19, hari ini.

    Beliau berkata jangkitan harian boleh mencecah 100,000 pada pertengahan April bergantung pada langkah berjaga-jaga COVID-19 yang diterima pakai serta pematuhan orang ramai terhadap pelbagai langkah pencegahan virus.

    Dalam 24 jam terakhir Thailand merekodkan 23,618 kes baharu COVID-19 melalui ujian RT-PCR dan 49 kematian, menjadikan jumlah jangkitan negara itu kepada 2,958,162 kes dan 23,070 kematian.

    Tambahnya, dalam tempoh yang sama, sejumlah 42,138 orang disahkan positif COVID-19 melalui kit ujian antigen. Bagaimanapun, angka itu tidak dimasukkan dalam pengiraan harian. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...