Thailand jangka perdagangan dengan Malaysia akan meningkat

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Eksport Thailand ke Malaysia dijangka akan meningkat sebanyak tiga peratus dalam tahun ini berbanding hanya 1.5 peratus pada 2016, berikutan keadaan ekonomi yang bertambah baik dan ini memberi kesan kepada hubungan perdagangan kedua-dua hala.

Menurut Duta Thailand ke Malaysia, Damrong Kraikruan, persekitaran ekonomi yang positif dan peningkatan nilai ringgit serta baht telah menggalakkan pertumbuhan permintaan antara Malaysia dan Thailand.

“Jumlah perdagangan dalam tahun lepas adalah kira-kira US$20 bilion (AS$ 1 = RM4.28) berbanding AS$22 bilion pada 2015.

“Malaysia merupakan rakan kongsi dagangan Thailand yang keempat terbesar dan kedua-dua negara sedang bekerjasama bagi melonjakkan jumlah perdagangan,” katanya kepada Bernama.

Damrong berkata perjanjian pada tahun 2015, di mana kedua-dua negara telah bersetuju untuk menggunakan baht Thai dan ringgit Malaysia berbanding dolar US, akan membantu meningkatkan jumlah perdagangan dan ini akan diteruskan sehingga lima tahun lagi pada kadar yang sederhana.

Eksport Thailand ke Malaysia dijangka akan meningkat sebanyak tiga peratus dalam tahun ini berbanding hanya 1.5 peratus pada 2016, berikutan keadaan ekonomi yang bertambah baik dan ini memberi kesan kepada hubungan perdagangan dua hala. - AFP
Eksport Thailand ke Malaysia dijangka akan meningkat sebanyak tiga peratus dalam tahun ini berbanding hanya 1.5 peratus pada 2016, berikutan keadaan ekonomi yang bertambah baik dan ini memberi kesan kepada hubungan perdagangan dua hala. – AFP

Eksport utama Thailand ke Malaysia adalah petroleum, alat ganti kenderaan, komputer, produk makanan serta barangan elektrik.

Melangkah ke hadapan, Malaysia dan Thailand perlu menambah baik kemudahan-kemudahan seperti jalan raya, rel, infrastruktur pelabuhan dan udara termasuk menangani masalah kesesakan di sempadan untuk mempertingkatkan perdagangan.

Beliau ketika bercakap mengenai industri makanan halal di Thailand, berkata Thailand merupakan salah satu daripada sepuluh pengeksport utama di peringkat global.

“Isu ke atas status halal adalah faktor utama yang menjadikan sukar untuk produk makanan Thailand menembusi pasaran Malaysia. – Bernama