Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Thailand jangka terima 7 hingga 10 juta pelancong asing

    BANGKOK, 2 JUN – Thailand dijangka menerima tujuh hingga 10 juta pelancong asing tahun ini memandangkan lebih banyak sekatan COVID di negara ini telah dilonggarkan, kata Gabenor Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT), Yuthasak Supasorn.

    Beliau berkata kira-kira 1.3 juta pelancong asing melawat Thailand dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

    Sepanjang tempoh itu untuk ketibaan, pelancong India mendahului senarai dengan 123,606 ketibaan diikuti United Kingdom (96,323), Malaysia (78,523), Jerman (77,707) dan Amerika Syarikat (72, 482).

    Yuthasak berkata pada Mei sahaja, lebih 530,000 pelancong telah memasuki Thailand selepas kerajaan membatalkan skim ‘Test & Go’.

    “Kami menyasarkan 1.5 juta pelancong melawat Thailand bermula Jun hingga September. Kami berharap menyambut kedatangan lebih satu juta  pelancong dari Oktober hingga Disember dan mencapai sasaran tujuh hingga 10 juta ketibaan tahun ini,” katanya.

    Pegawai kastam Thailand memeriksa sebuah kereta Malaysia di daerah Sungai Kolok di wilayah selatan Thailand, Narathiwat pada 1 Januari, selepas Malaysia dan Thailand membuka semula sempadan darat. – AFP

    Menurut TAT, pelancong asing yang telah lengkap vaksinasi tidak perlu menjalani kuarantin.

    Pelancong asing yang tidak divaksin atau yang tidak lengkap vaksinasi sepenuhnya juga tidak perlu menjalani kuarantin mulai 1 Jun.

    Bagaimanapun, mereka mesti memuat naik bukti keputusan RT-PCR negatif atau ATK dalam masa 72 jam melalui Pas Thailand. 

    Mulai 1 Jun, semua pengembara mesti menggunakan Pas Thailand dan setelah semua butiran penting dilengkapkan, kod QR akan dikeluarkan secara automatik.

    Semua pengembara dikehendaki mengemukakan insurans perubatan dengan perlindungan sekurang-kurangnya AS$10,000. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...