Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Thailand juara Piala AFF

    BANGKOK, 17 JAN – Thailand berjaya memenangi trofi Piala AFF berturut-turut kelmarin setelah menewaskan Vietnam 1-0 pada perlawanan peringkat final kedua, sekali gus mengukuhkan status mereka sebagai peneraju dalam bola sepak Asia Tenggara.

    Percubaan kencang pada separuh masa pertama oleh ketua pasukan Thailand, Theerathorn Bunmathan sudah cukup memadai untuk memberikan kemenangan dalam pertemuan di Bangkok, yang disaksikan oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino.

    Theerathorn dan Peeradol Chamrasamee dengan mudah menguasai di bahagian tengah untuk Thailand, membuatkan pemenang tahun 2018, Vietnam terkial-kial sebahagian besar perlawanan.

    Bermain tanpa kehadiran penyokong yang gemuruh seperti di pusingan pertama di Hanoi, Vietnam bergelut untuk mengulangi persembahan bertenaga yang menyaksikan mereka berikat seri 2-2.

    Kemenangan agregat 3-2 memberikan Thailand memberikan gelaran juara AFF kali ketujuh – rekod terbaharu – dan bermakna mereka berjaya mempertahankan gelaran mereka.

    Reaksi ketua jurulatih Thailand, Alexandre Polking menjulang trofi sambil meraikan bersama pasukan Thailand setelah memenangi perlawanan akhir bola sepak Piala AFF, kelmarin. – AP

    Jaringan Theerathorn pada minit ke-24 merupakan hasil permainan yang memulakan serangan dari bahagian pertahanan, di mana pemain Vietnam diasak untuk bertahan.

    Selepas beberapa hantaran, pemain Thailand, Adisak Kraisorn menghantar bola dan Theerathorn melakukan sentuhan dan melepaskan rembatan padu ke sudut bawah dari jarak 25 meter.

    Gol itu mengejutkan Vietnam, yang tidak menunjukkan kesepaduan mereka, dengan melakukan terja-han terburu-buru.

    Tetapi juara bertahan yang menamatkan perlawanan dengan 10 orang pemain setelah Peeradol dilayangkan kad kuning kedua pada masa kecederaan.

    Jurulatih Thailand, Mano Polking mengakui ia bukan persembahan ‘cantik’ tetapi memuji profesionalisme yang ditunjukkan oleh pasukannya.

    “Semua pujian ini ditujukan kepada pemain, mereka melakukan kerja yang hebat,” katanya.

    Thailand kini memenangi Piala AFF tujuh kali, jauh di hadapan pesaing terdekat mereka Singapura, dengan empat kali. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...