Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Thailand kemas kini syarat kemasukan pelancong asing

    BANGKOK, 23 FEB – Thailand akan melonggarkan beberapa syarat kemasukan bagi pelancong asing kerana ia mengimbangi peningkatan jumlah kes koronavirus dengan keperluan untuk membina semula ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik, menurut pengumuman kerajaan hari ini.

    Bermula 1 Mac, pengunjung yang sudah menerima vaksin lengkap mesti menjalani ujian RT-PCR semasa ketibaan dan menjalani pengasingan diri pada malam pertama di hotel yang sudah diluluskan sementara menunggu keputusan, tetapi mereka tidak lagi perlu menjalani ujian kedua dan menghabiskan masa di hotel pada hari kelima, kata Pusat Pentabdiran Situasi COVID-19.

    Pusat itu, yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Prayuth Chan-o-cha, turut mengurangkan syarat minimum liputan insurans kesihatan bagi rawatan COVID-19 dari AS$50,000 kepada AS$20,000 bagi setiap seorang pengunjung luar.

    Jurucakap, Taweesin Visanuyothin berkata perubahan itu dibuat setelah mengambil kira keperluan untuk meningkatkan ekonomi ketika kes koronavirus varian Omicron meningkat.

    Thailand bergantung kepada sektor pelancongan yang mana ia menjana 20 peratus daripada KDNK negara.

    Sebanyak 21,232 kes baharu disahkan dan 39 kematian dicatatkan hari ini, meskipun angka itu tidak termasuk keputusan yang dibuat dengan ujian pantas antigen.

    Thailand melaporkan 2.77 juta kes koronavirus sejak permulaan pandemik pada 2020. Hampir 550,000 kes, atau kira-kira 20 peratus daripada jumlah kes keseluruhan, yang dicatatkan semasa dua bulan pertama tahun ini.

    Taweesin berkata angka kematian berbanding kes yang disahkan tahun ini adalah serendah 0.19 peratus dan ia menjadi salah satu faktor keputusan untuk melonggarkan syarat kemasukan dibuat. Serta, kebanyakan kes baharu COVID-19 ditemui di kalangan penduduk tempatan, bukan dari pelancong luar.- AP

    Kelihatan orang ramai mengambil gambar di salah sebuah tempat tarikan di Ubon Ratchathani, Thailand. Thailand akan melonggarkan beberapa syarat kemasukan bagi pelancong asing bagi memulihkan semula ekonomi negara.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...