Thailand kembalikan orangutan

BANGKOK, 20 DIS – Pihak berkuasa hidupan liar Thailand menghantar pulang dua ekor orangutan ke Indonesia hari ini sebagai sebahagian daripada usaha kerjasama membasmi perdagangan hidupan liar haram.

Orangutan betina berusia 10 tahun, Cola dan jantan yang diberi nama Giant, 7 tahun, diangkut dari sanktuari hidupan liar di wilayah barat Ratchaburi ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok untuk diterbangkan ke Jakarta.

Giant diseludup ke dalam Thailand pada 2014 manakala Cola dilahirkan di sebuah pusat pembiakan dua ekor lagi orangutan seludup yang dihantar pulang ke Indonesia beberapa tahun lalu, menurut Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Tapak Pemuliharaan Thailand. – AP