Thailand kumpul AS$3.2 bilion lesen 5G

BANGKOK, 17 FEB –Thailand telah mengumpul lebih daripada AS$3.2 bilion dalam pelelongan lesen 5G, tatkala operator berlumba untuk merapatkan spektrum frekuensi tinggi yang diperlukan untuk pelancaran komersil teknologi generasi akan datang.

Anak syarikat Advanced Info Services, pengendali mudah alih terkemuka di negara itu, menguasai bidaan semalam, memperoleh 23 daripada hampir 50 lesen ang ditawarkan. Kerajaan di seluruh dunia sedang melancarkan rangkaian 5G, yang menawarkan kelajuan internet mudah alih yang jauh lebih cepat.

Washington telah mendesak negara untuk mengharamkan firma gergasi teknologi China Huawei daripada membekalkan peralatan untuk rangkaian, berkata ia menimbulkan risiko keselamatan. Sekutu Amerika Syarikat di Eropah, terutamanya Britain dan Perancis, berkata mereka tidak akan mengharamkan Huawei tetapi akan mengenakan sekatan.

Thailand, seperti negara-negara Asia Tenggara lain yang mempunyai hubungan erat dengan China, kebanyakannya menjauhkan diri daripada isu itu.

Suruhanjaya Penyiaran dan Telekomunikasi Negara Thailand (NBTC) mengalu-alu lelongan itu sebagai ‘hari yang baik’ untuk negara.

“Kami menjadi negara 5G, yang akan membantu Thailand memimpin di Asia Tenggara,” kata Setiausaha Agung NBTC Thakorn Tantasit dalam satu kenyataan. – AFP

Thailand telah mengumpul lebih daripada AS$3.2 bilion dalam pelelongan lesen 5G, sementara kerajaan di seluruh dunia sedang melancarkan rangkaian 5G. – Agensi