Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Thailand lapor kematian pertama akibat Omicron

    BANGKOK, 16 JAN – Thailand melaporkan kes kematian pertama akibat varian Omicron COVID-19.

    Pejabat kesihatan di wilayah selatan Songkhla berkata seorang wanita berusia 86 tahun dari Hatyai, Songkhla yang telah menerima dua dos suntikan vaksin Pfizer-BioNTech meninggal dunia akibat jangkitan Omicron pada 12 Jan.

    Pesakit Alzeheimer yang terlantar itu dipercayai dijangkiti varian Omicron melalui cucu, katanya.

    Analisis tambahan di makmal menunjukkan wanita itu diuji positif bagi varian Omicron.

    Kes pertama membabitkan varian Omicron dikesan pada bulan lepas dan negara gajah putih itu merekodkan lebih 10,000 kes Omicron sehingga kini.

    Sebanyak 8,077 kes baharu COVID-19 dan sembilan kematian direkodkan sejak 24 jam lalu, pertama kali angka kematian harian menurun kepada satu digit.

    Thailand merekodkan 2,324,485 kes jangkitan dan 21,925 kematian setakat ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...