Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Thailand lapor kes pertama cacar monyet babitkan wanita

    BANGKOK, 5 OGOS – Seorang wanita tempatan berusia 22 tahun disahkan positif cacar monyet, iaitu kes pertama membabitkan golongan wanita yang dilaporkan di Thailand.

    Setakat ini, Thailand telah melaporkan empat kes jangkitan cacar monyet.

    Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Opas Karnkawinpong berkata wanita itu mengalami simptom seperti demam dan ruam di badan pada 29 Julai.

    Wanita itu telah melawat pusat sukan di Bangkok sebelum disahkan positif wabak berkenaan. 

    “Pesakit telah mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Samut Prakan pada Rabu, dan kini sedang menerima rawatan lanjut di Institut Penyakit Berjangkit Bamrasnaradura,” kata Dr Opas.

    Beliau mengarahkan pihak berkuasa kesihatan untuk meningkatkan pengesanan kontak rapat. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...