Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Thailand lapor tumpahan minyak kedua di Teluk Thailand

    BANGKOK, 10 FEB – Thailand hari ini melaporkan tumpahan minyak kedua dalam masa sebulan di Teluk Thailand, dengan kedua-dua insiden itu dikaitkan dengan Star Petroleum Refining Public Company (SPRC).

    Tumpahan minyak terbaharu, dikesan sekitar 9 pagi waktu tempatan, terletak di kawasan sama dengan kebocoran minyak sebelumnya dan jumlah yang bocor dianggarkan di bawah 20 tan, kata SPRC dalam satu kenyataan.

    Syarikat itu tidak mendedahkan butiran lanjut, mengatakan ia melaporkan insiden terbaharu itu kepada pihak berkuasa relevan dan menyeru bantuan bagi mengawal rebakan pencemaran.

    SPRC juga bertanggungjawab bagi tumpahan minyak yang berlaku pada 25 Januari yang dianggarkan sebanyak 50 tan minyak mentah bocor dari saluran paip dasar lautnya ke Teluk Thailand dan memaksa pihak berkuasa di wilayah Rayong menutup pantai ketika minyak itu mencemari pantainya. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...