Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Thailand lulus lanjutan tempoh visa rangsang ketibaan pelancong

    BANGKOK, 21 SEPT – Dalam usaha meningkatkan jumlah ketibaan pelancong pada kemuncak musim pelancongan, bermula 1 Oktober, pelancong dari 64 buah negara dan wilayah dalam senarai pengecualian visa termasuk Malaysia boleh tinggal di Thailand sehingga 45 hari berbanding tempoh semasa 30 hari.

    Kabinet Thailand kelmarin juga meluluskan usul untuk melanjutkan tempoh visa semasa ketibaan yang terpakai kepada warganegara dari 19 negara termasuk India, Arab Saudi dan China daripada 15 hari kepada 30 hari.

    Selain itu, pelawat dari negara atau wilayah masuk tanpa visa di bawah perjanjian dua hala tertentu akan dapat tinggal lebih lama daripada 30 hari kepada 45 hari.

    Timbalan Jurucakap Kerajaan, Traisuree Taisaranakul berkata lanjutan sementara itu akan berkuat kuasa dari 1 Oktober hingga 31 Mac tahun depan.

    “Kelulusan itu dibuat bertujuan merancakkan lagi industri pelancongan negara dan merangsang pemulihan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Kelihatan beberapa orang pelancong melawat Istana Besar. Thailand telah menyenaraikan pengecualian visa dari 64 buah negara dan wilayah dalam usaha meningkatkan jumlah ketibaan pelancong pada kemuncak musim pelancongan. – Xinhua

    Thailand menyasarkan ketibaan sekurang-kurangnya 10 juta orang pelancong asing menjelang akhir tahun ini dengan 1.5 juta pelancong asing dari Oktober hingga Disember.

    Sementara itu, ia turut bercadang mengeluarkan COVID-19 daripada senarai penyakit terlarang untuk warga asing yang masuk ke negara itu.

    Timbalan jurucakap kerajaan, Ratchada Thanadirek berkata kabinet meluluskan notis kementerian yang mengecualikan COVID-19 daripada senarai penyakit terlarang untuk pelawat dan penduduk asing yang memohon visa dan permit menetap di bawah Akta Imigresen.

    “Ia akan berkuat kuasa sebaik sahaja disiarkan dalam Warta Diraja,” katanya dalam satu kenyataan.

    Rakyat asing yang memasuki negara itu mestilah bebas daripada penyakit kusta, batuk kering, untut, ketagihan dadah, alkoholisme dan sifilis tahap ketiga. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...