Thailand nanti pelancong China

KRABI – Pulau Krabi, Thailand merupakan sebuah pulau yang terkenal dan sering menjadi destinasi pilihan buat pelancong.

Setiap tahun akan diadakan sebuah perayaan muzikal pantai yang sering menjadi tarikan kepada pelancong-pelancong yang datang.

Seorang pemandu pelancong Thailand, Wanchi sering membawa pelancong-pelancong berjalan-jalan di sekitar pulau Krabi. Tetapi kali ini, dia terpaksa berhenti sebentar di pintu masuk untuk memeriksa suhu badan dan kebersihan tangannya.

“Ia telah menjadi kelaziman di tempat-tempat awam dan di tempat-tempat perkumpulan sejak bulan Januari lalu apabila terjadi penularan wabak koronavirus,” Wanchai memberitahu 15 orang pelancong dari Barat dalam kumpulannya dan menekankan suhu badan mereka terpaksa diperiksa.

Pihak sektor awam dan Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) telah bekerjasama di wilayah selatan untuk mengadakan Festival Krabi Naga selama tiga hari bermula dari 28 Februari di tengah-tengah kepanikan virus itu.

Suasana pasar malam di bandar Krabi pada suku pertama tahun ini kelihatan berkurangan dari tahun-tahun sebelumnya kerana penularan wabak koronavirus. – Xinhua
Suasana Pesta Krabi di waktu malam, di mana banyak aktiviti muzikal, persembahan jalanan dan, pesta produk-produk tempatan dan jualan komuniti setempat telah diadakan untuk menarik pelancong untuk datang ke Krabi. – Agensi
Suasana malam di pulau Krabi yang meriah dengan pelbagai aktiviti. – Agensi
Pantai Khlong Muang yang romantis sering menjadi destinasi pelancong dari luar negara.
– Agensi

Festival tersebut diserikan dengan pertunjukan kebudayaan dan aktiviti muzikal, persembahan jalanan, pesta produk-produk tempatan dan jualan komuniti setempat sebagai hiburan dan santai serta merakamkan gambar di pantai Khlong Muang yang romantis.

“Pengunjung dilihat berkurangan pada tahun ini, dibandingkan dengan sambutan pada tahun lepas, apabila lautan orang membanjiri pulau ini,” Wanchai memberitahu Xinhua. Persembahan percuma itu diadakan di wilayah yang mempunyai pantai yang paling mempesona namun pelancong Asia tidak banyak kelihatan.

“Walaupun suku pertama tahun ini nampak suram, kami tidak boleh hanya duduk diam. Kami mesti mengadakan festival tersebut seperti biasa, di mana kali ini ia lebih mesra alam dari segi pemakanan dan aktiviti pembersihan yang lebih baik untuk festival ini,” menurut pemandu pelancong tempatan tersebut.

Perniagaan pelancongan telah terjejas oleh virus tersebut yang mencetuskan keadaan panik di seluruh negara, di mana TAT telah menyaksikan pengurangan jumlah kemasukan pelancong luar pada tahun, dengan hanya 33 juta orang, kurang daripada 3 juta daripada sasaran terdahulu iaitu 36 juta orang.

Manakala dalam perbandingan tahun-ketahun, ia berkurangan hampir 7 juta pelancong selepas 2019 mencatatkan ketibaan 38.8 juta pelancong.

Pesuruhjaya TAT, Yuthasuk Supasorn berkata dari Januari hingga April, pendapatan dalam pelancongan telah mengalami kerugian yang dianggarkan sebanyak 95 bilion bath (AS$3 bilion).

Pihak kerajaan telah menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan pelancongan yang teruk terjejas, termasuk pinjaman mudah dan pemantauan hutang dari operasi yang berkaitan dengan pelancongan dan promosi pelancongan di pasaran domestik.

“Ini merupakan saat yang sukar, kami kini tidak bercakap mengenai jumlah kedatangan sekarang ini. Tapi apa yang penting, ini merupakan masa yang terbaik untuk mengkaji keadaan dan terus mencari jalan untuk memperbaiki kemudahan pelancongan dan perkhidmatan pelancong.

“Kami sedang berusaha untuk membangunkan sebuah program untuk memacu persaingan dari segi operasi,” katanya memberitahu Xinhua selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua sektor pelancongan untuk membincangkan langkah untuk membendung koronavirus.

Yuthasuk berkata dia masih percaya Thailand akan menjadi salah sebuah destinasi pilihan bagi pelancong-pelancong dari China selepas wabak koronavirus.

“Kami patut memperbaiki diri kami untuk bersedia menantikan kedatangan mereka kelak,” katanya.

China merupakan salah satu sumber pelancongan dari luar utama Thailand, dengan 28 peratus atau bersamaan dengan 39.8 juta orang pelawat setiap tahun. Lebih dari separuh jumlah pelancong asing di Krabi adalah pelancong dari China.

Pasar malam yang meriah di bandar Krabi, penjual makanan jalanan yang menyajikan masakan Thai, Barat dan Cina, terus giat dijalankan walaupun pelancong China jarang kelihatan.

Di tengah-tengah pasar, satu kain rentang dalam bahasa China yang berbunyi ‘Wuhan bersemangatlah, kami akan sentiasa di sisi anda’ telah diletakkan di tengah-tengah pentas.

“Pelancong China sangat penting untuk sektor pelancongan kami. Kami berharap mereka akan mengatasi masalah ini dengan segera. Kami mengalu-alukan mereka. Kami akan melindungi diri kami dengan topeng muka dan akan terus mengalu-alukan mereka jika mereka ke sini,” kata seorang seorang penjual makanan jalanan. – Xinhua